Salam sejahtera Nama : Nur Syafiqa Umur : 14 Sekolah : Menengah pioneer .
-That's me


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Photobucket
Cinta ku terhadap budaya melayu .



Layout: hasta mañana
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“life will be better in spring”
July 2010

refleksi tentang permainan tradisional melayu.
Friday, July 30, 2010 || 8:53 AM

Permainan tradisional boleh dikatakan seronok, tetapi mengikut pendapat tersendiri. Untuk diri saya sendiri, saya agak permainan tradisional dapat lebih mengeratkan kaum Melayu. Ini adalah kerana mungkin dengan kerjasama kaum Melayu, kaum Melayu dapat disempurnakan dengan lancar. Ada yang mungkin tidak berpendapat yang sama ataupun berpendapat negatif. Rasa-rasanya seperti permainan-permainan tradisional ini telah mengukuhkan lagi semangat ''keMELAYUan''. Adakah cara lain untuk menyatukan kaum Melayu dan mengeratkan mereka lagi? Kalau ada, apakah cara-caranya yang lain? Akankah cara-cara ini menjadi suatu sukses jika ia benar-benar dijalankan? Adakah cara-cara ini dapat mendidik anak-anak muda masa sekarang tentang kesejarahan Melayu? Adakah ia akan meninggalkan impak yang lebih berkesan pada anak muda kita tentang pandangan dan minat mereka mengetahui tentang sejarah Melayu? Pada hemah saya, permainan tradisional adalah salah satu isu yang harus ditekankan untuk anak-anak muda kita sekarang, daripada hanya mendedahkan mereka dalam permainan orang Barat seperti 'Monopoly' dan 'Uno' sahaja.

refleksi tentang sepak takraw (:
|| 8:52 AM

Permainan bola raga, atau lebih dikenali sebagai takraw, adalah permainan yang menarik perhatian kaum Adam lebih daripada kaum Hawa. Mungkin permainan ini agak memenatkan, iaitu ia memerlukan stamina yang kuat untuk bermain permainan ini. Permainan takraw ini sama sahaja seperti permainan 'volleyball'. Bezanya adalah permainan 'volleyball' menggunakan banyak penggerakkan tangan yang pantas dan mengenakan sasaran, tetapi permainan takraw memerlukan penggerakkan kaki yang pantas dan mengenakan sasaran.

LAYANG-LAYANG
|| 3:18 AM

Photobucket

HELOO ! sekarang saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang permainan layang-layang, layang-layang juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya. Saya harap dengan infromasi yang saya beri akan memberi kamu sedikit sebanyak tentang permainan ini ! ;D

GULI
|| 2:52 AM

Photobucket
Sekarang saya akan mempekenalkan rakan-rakan tentang permainan guli , permainan ini biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya (: SERONAKNYA bermain guli ni.

TENG-TENG
|| 2:47 AM



Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa. Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

SEPAK TAKRAW
|| 2:41 AM

Photobucket

Sepak Takraw :

ia merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, putera SultanMansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

GASING
|| 2:29 AM


Gasing ?! hmmm ;
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

CAPTEH
|| 2:19 AM

Salam sejahtera..
hari ini saya akan memberi informasi mengenai Chapteh.
chapteh atau sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia dan Singapura. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat. Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Batu Seremban
Friday, July 2, 2010 || 3:12 AM

Photobucket

Permainan tradisonal yang ke-dua yang diminati saya ialah Seremban Batu atau lima batu . Saya tertarik dengan batu seremban kerana batu seremban boleh dimainkan oleh bermacam-macam jenis objek seperti guli kaca, biji getah dan ketulan batu . Cara bermainnya jugak seronakBatu seremban adalah permainan yang dimainkan oleh gadis-gadis awalnya. Ini adalah permainan lebih mudah untuk bermain dibandingkan dengan Congkak kerana hanya memerlukan lima batu atau lima benda bulat untuk bermain dengan. Anda boleh bermain dengan lima, tujuh atau sembilan objek untuk menentukan jenis permainan yang sedang bermain.Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Objektif permainan ini adalah untuk membuang salah satu batu satu per satu dan menyapu lain di tingkat secara bersamaan penangkapan yang anda membaling tadi. Permainan ini terus maju tahap di mana permainan jadi rumit. Permainan ini dinikmati oleh semua tidak peduli apakah anda sudah tua , muda , lelaki atau pun wanita , anda masih boleh bermain permainan ini dan bersenang-senang.Hmmm nampak seronok untuk dimainkan ? Saya jugak ingin mencuba bermain batu seremban satu hari nanti ... sampai di sini sahaja informasi yang saya mampu beritahu . Saya mintak diri dulu ya kawan-kawan .

Labels:


Congkak
|| 2:38 AM

Photobucket

HI ! topic yang saya akan kongsikan ialah tentang permainan congkak.Saya telah mencari maklumat tentang permainan ini dan saya sangat tertarik dengannya.Saya pernah mencubai bermain congkak dahulu dan ia menari perhatian saya.Congkak ialah permainan tradisional melayu yang saya gemari dan saya mendapat informasi bahawa Congkak dipercayai berasal dari kata 'Congak' yang dalam bahasa Melayu lama bermaksud menghitung. Hal ini dipercayai bahawa permainan berasal dari Kerajaan Melaka di mana ia menjadi sangat popular dan menyebar ke wilayah Asia Tenggara. penyebaran ini disebabkan kerana banyak pelancong yang melawat kerajaan itu kerana itu adalah bandar perdagangan. Pada hari-hari awal dia berfikir bahawa permainan ini adalah untuk raja dan keluarga istana dan penduduk, tetapi kemudian menyebar ke penduduk awam kerajaan. Sebagai papan Congkak berbentuk seperti perahu dipercayai bahawa berdasarkan legenda seorang nelayan tidak melaut selama musim hujan yang kehilangan pendapatan selama waktu ini. Untuk mengelakkan kebosanan ia telah mencipta permainan yang serupa dengan perahunya.Congkak adalah permainan untuk dua orang. Ini terdiri daripada sebuah papan yang mempunyai beberapa rumah 'dan' gudang '. Objektif permainan ini adalah untuk mengumpul biji Congkak masuk ke dalam 'gudang' di sisi pemain. Ini adalah permainan yang dimainkan selama masa seseorang dan biasanya dimainkan oleh perempuan, terutama disukai oleh kaum muda. Seronaknya bermain dengan congkak ini. Saya telah pun cuba bermain congkak dan ia sangat seronok , kamu harus cuba bermain dengan congkak juga (: sampai di sini ya , informasi yang saya mampu cari .

Labels: